Best view by 1024x768 resolution.. Suradaku..suradamu??!!

Saturday, December 30, 2006

Aku..Engkau..?! - dapat tiket Cinta free...

Lama dah tak berblogging disini..so..inilah hasil nukilan yg dapat tiket wayang free..hehehe

Aku..Engkau..?!

“Hi Shah..lama dah ko tunggu?”kata Reen kepada ku.
“Hi Reen..takde la lama sangat. Ko pekaba arini?”balas ku kepada gadis yang telah berjaya menakluki hati ini sejak 2 bulan yang lalu. Walaupun aku dan Reen telah agak lama bergelar kekasih. Namun kami masih ber‘aku’ dan ber‘engkau’. Jika orang lain mendengar perbualan kami, pasti mereka hanya menyangka kami hanya lah teman tapi mesra - Aku suka pada dirimu..tapi aku sudah punya yang lain..biar berteman saja..teman tapi mesra... Perhubungan kami lebih dari teman.
Jika dilihat dari segi luaran Reen seorang gadis yang santun susila, halus tutur bicara, manis senyuman, ayu pemakaiannya dan banyak lagi ciri-ciri gadis idaman lelaki seantero dunia. Pendek kata Reen menepati ciri seorang gadis melayu yang sopan lagi beradab. Tapi pada hakikatnya dia memiliki hati yang keras ibarat berlian yang tidak ternilai harganya. Persamaan gender menjadi perjuangan hidup Reen. Mungkin sebab itu mana-mana lelaki mahupun perempuan pasti beraku-engkau dengannya. Termasuklah aku! Arghhh..itu semua tidak penting. Yang penting kami saling sayang menyayangi dan mencintai.
Namun jauh di sudut aku inginkan panggilan yang lebih mesra. Banyak panggilan mesra yang boleh digunakan; sayang, dear, abang, awak, bee, ada seribu satu panggilan mesra yang boleh diwujudkan. Semalam aku termimpi yang Reen memanggilku Abang!! Alangkah seronoknye mendapat panggilan manja yang sebegitu mesra. Aku mesti utarakan jua isu membahasakan diri ini nanti. Walaupun remeh..aku mesti nyatakan jua.
“Shah..aku ada benda nak bincang ngan ko ni..”, tiba-tiba Reen bersuara setelah agak lama kami senyap dari tadi.
“Apa dia Reen?”balas ku. Tiba-tiba aku panik.
“Reen taknak perhubungan kita terus macam ni..”
“Haa?!”, aku bingung.
“Jangan la buat muka macam tu..orang bukan nak putus ngan dia...”. Mungkin Reen sedar raut wajahku berubah sekelip mata. Fuhh... lega benar rasa hati ini.
“Mulai hari ini Reen nak panggil awak ABANG boleh?Taknak la guna aku-engkau ni... ganas sangatlah. Lagipun kita ni bukannya sekadar kawan kan? Semua kawan-kawan Reen kata tak elok kita beraku-engkau je..boleh tak ni?”
“Okay Sayang!!”ringkas balasku. Wahh..berbunga-bunga hati ini..mimpi malam semalam menjadi kenyataan. Baru ku sedar yang hari ini ialah 30 November 2006. Sudah dua bulan genap rupanya aku telah memiliki hati Reen.
“Abang... jom la masuk panggung. Cinta dah nak start tu. Kita bukan VIP nak lambat-lambat..”
“Ye Reen sayang..”
Akhirnya aku-engkau menjadi kenangan buat aku dan Reen..sekian.

Wednesday, June 07, 2006

TERLANJUR MENYINTAIMU

Godd day everybody..long time no blogging here..untuk memecahkan kebuntuan tidak berblogging..terima la cerpen yg telah dibaca dari email yg dihantar oleh member seuniversitas ku..giler touching citer nih..terimalah..TERLANJUR MENCINTAIMU..

Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah
menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah
memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang
berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan
maruah seorang suami. Aku tahu, Harriz tidak pernah mempersetujui dengan
apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci.
Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa
sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti
Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain.
Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya.
Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin
yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu
bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau
keegoan aku yang menguasai diri.
"Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas
mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan
bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai
bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun
tapi cinta saya sampai ke mati.
"Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya
terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati
saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau
awak membenci saya seumur hidup awak......"
Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu
mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah
kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk
membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Harriz.
Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu
sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung
pengajian di London. Izham bijak memainkan kata-katanya dengan rupa
parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang
tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan
Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.
Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara
kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa
bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah
dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah
Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis
lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka.
Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah
sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka
boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir
hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham.
Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di London
kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku
bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz oleh ayahku.
Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah
pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf
dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, Harriz
mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan
membesarkan aku. Dia percayakan Harriz sehinggakan dia pernah berkata
segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satu hari
nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz
memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit
yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk
menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa
perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari
keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi
serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala
kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan
aku sendiri.
Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau
sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama.
Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat
perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan
Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah
bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas
kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah
dan ibu.
"Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita
hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga
awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam
perjanjian kita."
Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama
kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah
lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai
cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz
merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca
perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya
ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak
serius.
"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya
dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu
nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli
Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh
pelusuk wajahku dijajahnya.
"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang
melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan
yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa
sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt
Hamdi..." Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz.
Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas
tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah
padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan
kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh...Lelaki, semuanya
sama...
"Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk
melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti
apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain
Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan
merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya
katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau
bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.
"Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud
sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati
saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah
ini." Harriz tersenyum lagi.
Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu.
Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa
tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang
ini. Harriz membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun,
dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.
"Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan
diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan
pandangan yang penuh bermakna baginya.
"Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya
bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan
kata-katanya. Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku
ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!..... Aku bukan mudah
untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air
minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.
"Assalamualaikum...." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum
meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.
Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya
yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama
kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz.
Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah
dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh....makin difikir, makin
pening aku dibuatnya.

***********************************************************

Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang
tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku
tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu. Perhubungan
aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum
Harriz melafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu
dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan
tersebut. Harriz benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala
simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya
melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz
bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.
"Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah
dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai
selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya
pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau
boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya
dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap
awak."
Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat
rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang
sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku
menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz
semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram
wujud dalam diri ini. Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata
manisnya.
"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan
dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata
manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun
setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak
atau belajar untuk menyintai awak!!
"Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu
hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan
memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang
awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.
Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan
untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat
untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku
pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat.
Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya
yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.
"Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan
hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas
sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz.
"Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah,"
pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu
di bilik." Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan
marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku
yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba
sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di
rumahku.
Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri
Harriz supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3
bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu
tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak. Bagaimana aku
nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah
menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala
kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja
hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan
semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku.
Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku
kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan
Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu
baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak
jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati
aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam
hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin
bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan
kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya
Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas
berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana
gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena
perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini.
Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta
Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan
menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan.
Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat
memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu
ruang tamu dipasang...
Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang
mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku
pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya.
Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang
"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit
jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi
Harriz.
"Saya tunggu awak...."
"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya
tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?"
"Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili
api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni."
Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku
dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak
makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak. Petang pula
ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja
balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul
1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah
lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia.
Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.
"Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah
kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang."
Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.."
"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Harriz terus menuju
ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku
dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu
aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang
makan.
Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan
malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana
menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah
siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku
pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.
"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh
sakitkan susah..." Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.
"Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang.
Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi
dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.
"Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah
ye. Pergilah awak berehat," Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus
naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia
ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh
bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak
bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...?
Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi,
kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa
berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami.
Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka
yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan
peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami sedangkan gelaran itu
memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz
bijak memainkan peranannya sebagi suami.
"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan
sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera
tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz
tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum
menggeleng.
"Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak
balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini
dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..
"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3
hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak
dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Aku menjeling pada
Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan
kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak
tolak.
"Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat
rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku
menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka
tapi aku tak mahu berlakon lagi.
"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu
kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."
Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik.
Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku.
Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik
Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun.
Semua mata memandang ke arah aku.
"Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada
mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak
payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik."
"Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni.
Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami.
Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul
ibu membela Harriz. Eeeee....bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya
tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata,
apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala.
Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.
"Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu
dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu
dengan harapan Harriz akan membantu aku.
"Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih
sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan
lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku. Lega rasanya
di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum.
Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak
mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.
"Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah
tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka
melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.

***********************************************************

Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan
diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar
suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan
kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku
semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz. Dia juga tahu
rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidak
memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta
tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan
katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah
selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan
ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta
Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku.
Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham
sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu
kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti
perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang
singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh
dianggap satu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpunca daripada
Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz
jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal
bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat
tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya
dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas
menyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila
difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu
memahami aku. Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu
didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang
masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku
sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Harriz?
Bukan Izham?
Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama
Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku mati. Di
mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi
cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan
sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi
milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang
harus aku pilih? Ooohhh...Terlalu sukar hidup ini.
"Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.." Aku
ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz
dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku
demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu.
Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu
rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan
kerja-kerjaku di pejabat.
"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak
tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah
kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara. Tapi
bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di
kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan
tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut
dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa
pedulikan kemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar dari bilik. Aku
benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi
sasaran aku untuk memukul.
"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi
badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.
"Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk
dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya
nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang."
Harriz....Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang
mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada
orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair.
Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia
sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan
pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku
malu dengan tindakan Harriz. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam
diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku
benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga
dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang.
Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya
selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh
cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk
meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan
kesilapan.
Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku.
Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz. Dua minggu lagi akan
tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira
sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat
bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan
sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan
aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi. Yang terbayang di
dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang
terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk
berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?
"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi
itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam
kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami
supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2
minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari
malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada
saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan
pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup
ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya."
Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang
terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin
mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih
tertutup.
Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak
sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku
tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu. Harriz, kenapa kau
terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di
hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau
menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta
kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku
malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.
"Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum
ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak
sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh
namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami
menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu
dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget.
"Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri
lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir
dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Harriz
sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini
aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.
"Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya
bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di
luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otakku
mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di
London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke
dia ni atau sengaja nak memainkan aku?
"Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa
saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan
saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan
sebentar tadi?
"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya
belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran
tempat saya bekerja. Ingat tak Caf� Bistroze? Saya jadi pelayan bar di
situ.
Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang
saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali
awak." Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku
terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan
aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai
menyimpan rahsia.
"Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana
termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini
berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.
"Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana
saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata
saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan
hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan
dosa-dosa saya." Harriz tertunduk menahan sebak di dada.
"Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan.
Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya
yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu
kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir
dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini
yang kian singkat...."
Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba
maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang
selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar
seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat
air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.
"Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun
dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar.
Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama
ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk
berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita
lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak
dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini."
Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya.
Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku
tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa
lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang
tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak
nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz
hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan.
Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami
berpisah.
"Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada
saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati
awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan
sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk
saya lebih mengenali awak.
"Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi
saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di
mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan
hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang
paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali
terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan
berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi....
Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi,
begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang
dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan
ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai
ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu
akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku
kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini. Keesokan harinya aku terlewat
bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan
sesuatu...Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta
Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat Harriz
meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku
buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan
dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat
lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati
aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa.
Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh
surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka
kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat
surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati
aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.
Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat
untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat
tersebut dan akhirnya....
"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT
HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan
yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"
-HARRIZ BIN HASHIM-
Dia benar-benar melakukannya...Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini
bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan
undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang.
Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung
ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu
lembut? Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku
sudah pasti aku tak m ahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi
dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz
sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...

**********************************************************

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan
Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana
Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku
temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz. Aku ingin
mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah
bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku. Aku
ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu
disebabkan kebodohan aku. Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah
merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal.
Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah
dosa aku padanya?
Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka
benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku,
begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama
kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak
boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang
tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu
dulu, sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang
dulu. Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya.
Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti
cinta, kasih, sayang dan rindu.
Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang
pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari
ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan
jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang
tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang
keramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di
London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah
seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti
aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.
Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu.
Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali
diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz.....Di mana kau
sekarang...
Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di
saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa.
Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang
kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah
yang ada masalah. Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan
sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah
juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan
berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi
(ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang
sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca
buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk. Aku tidak
dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz.
Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi
semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku
takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar
berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz...Ya Tuhan, selamatkan
Harriz.
Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan
rahmat kurniamu... Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita
Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana
keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor
telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku
rasakan semakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin
sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh
Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati
ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin
aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari
segala kesulitan hidup.
Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi.
Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita
yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di
atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini.
Harriz...Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar
telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku
temui sampai bila-bila...
"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz
sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat
selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah
semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak
mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain....."
Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di
awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk.
Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa
henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf.
Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.
"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk
sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat
hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku
keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud
dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku
hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah
menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam
itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu
begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang
yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan
lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah
terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku
di saat-saat cinta ini telah berputik.
Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku
kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya
pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini
jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan
Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata
kerana meratapi kematiannya. Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati
ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah
sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku
dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu
angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang
terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca.
Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi
hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..
Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati
ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama.
Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon
padamu Harriz... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku
membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana
tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi
telah ditentukan Tuhan.

Sesungguhnya...
syurga seorang suami adalah ketika
bersama isterinya dalam susah dan senang...
Permata hati buat isteri yang disayangi Nurul Ain Bt Hamdi...
Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas....
Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya...
Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak...
Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya
Saya sayang awak lebih dari segalanya
Saya mencintai awak dengan setulus hati
Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untukHawa...
Namun, pemergian saya tak dirancang...
Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya.
Biarpun saya tiada di sisi awak lagi
Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai
awak...

moral of the story : cintailah org yang menyintai kita setulus hati ..... sedey..

Tuesday, December 06, 2005

Cerita Abang Askar : Episod E & E -mini story

nak crita skit pasal masa sesat kat (bukit) hutan tu, nama hutan tu Hutan Simpan Panti (baru aku ingat, tasya bagitau). Lepas kejadian ni aku ada bercerita ngan abg aku (askar regular*) pasal Hutan Simpan ni, rupenye dorang pernah pegi gak situ (masa kat MTD kot ataupun masa dorang wat operasi) dan masa tu dorang ada jumpa kesan tapak kaki harimau kat situ!!!(betul ni,tak tipu...) kalau wat compass marching (atau E&E) masa tu kalau tak silap biasanye setiap kumpulan dorang ada satu laras M16 yg ada peluru hidup (sebutir kalau tak silap - kalau wat operasi lg la,bape banyak senjata ada...),jadi kalau dorang jumpe harimau kira buleh gak la tembak....kitorg masa tu tade bawak apa pun,yg ada parang yg dah tumpul je sorang satu (sebab dah bynk sgt potong kayu la,gali lobang la...),aku tak boleh bayang la kalau jumpe harimau masa tu...ataupun ada kesan2 tp kami tak nampak pasal masa sampai kat atas tu dah malam sgt....bayangkan la... aku rasa kebanyakan anggota pun tak tau pasal mende ni.....aku pun dah lupe,tapi bila ingat balik nama Panti tu,baru aku ingat...

jargon
regular - askar tetap,askar yg mmg askar bkn askar weekend and holiday cam ktorg

Saturday, December 03, 2005

Cerita Abang Askar : Episod E & E - Part 3

Bila dah tau kami dah sesat kami pun berhenti untuk berbincang dan hasilnye kami pun buat keputusan utk patah balik. Walaupun masa tu suma dah tau kami sesat, tp masing2 tak panik langsung,nampak tenang je walaupun dalam hati masing2 semestinya merasa kerisauan juga. Bermulalah perjalanan utk turun bukit itu, masa ni laju la jugak sebab turun bukit, walaupun suma dah letih tapi semangat tu masih ada. Masa turun bukit tu (boleh tahan la curam) ada sejenis pokok ni, kalu terpegang rase cam semut merayap kat tangan, mula ingat mmg semut, tp tgk tade ape…siap buat experiment pegang pokok tu utk mengesahkannye…tp sampai skang tatau pokok tu apa nama.

Setelah berjalan hampir 3 jam (lebih kurang pukul 12 malam), kitorang pun sampai kat kaki bukit tadi, tak jauh daripada simpang yg mula2 kami jumpa petang itu. Daripada situ, kami nampak cahaya samar2 kelihatan di kejauhan sana...loh! CP pertama rupenye. Rupa-rupanye jalan dan bearing yang kami ikut mula2 skali tu dah btul, cuma waktu siang tak nampak apa2 sebab lampu kat CP tu tak pasang. Hanya sebab itu sahaja terpaksa kami melalui perjalanan tambahan selama hampir 6 jam ! sia2 je... Masa nak lapor kat CP pun kena hati2, takut salah tempat musuh kang, niaya je. Kami pun take cover kat sawit dan Jeff telah mengambil keputusan utk buat recce* dulu. Dalam hal ni, Jeff mmg legend la, dia crawl dari tempat kami berehat tu sampai betul2 kat meja (ke tempat tidur kot) pegawai yg jaga CP tu (kalau tak silap Kpt* Anaconda [bukan nama sebenar]), Kpt tu siap terkejut bila Jeff besuara. Setelah confirm tu mmg CP, kami pun terus ke CP itu, aku dan Jeff pun lapor kepada Kapt Anaconda, dan yg lain2 terus lapor kat air kopi dan roti yg telah disediakan. Pada masa itu aku pun memberitahu kpd Anaconda bahawa Syuk mengalami sakit kaki dan Anaconda pun membenarkan dia tinggal di CP. Selepas itu aku dan Jeff pun turut melaporkan diri kami kepada air kopi dan roti juga. Kami juga mendapat tahu masih banyak sindiket yg blum sampai ke CP (kami adalah grup yg ke-6 kalau tak silap), dan paraflare yg dipasang sebelum ini adalah guide utk grup2 yg sesat.

Setelah lepak lebih kurang dalam sejam, kami pun bersedia utk bertolak semula (kena halau sebenarnye), leader sindiket diganti, maka kompas dan peta bertukar tangan (tak ingat la sapa yg take over), dan disebabkan grup Jeff mmg tade peta, kami diarahkan utk bergerak sekali oleh Anaconda (mmg kami berhasrat begitu). Jalan la kami didalam kegelapan malam itu semula. Jalan tak sampai dalam 1 km, kami jumpa 2 simpang yg ada potensi sebagai jalan yg betul. Aku dan Jeff pun ambik satu jalan sorang dan buat recce dulu (walaupun kami bukan lg leader, tp kami ttp nak control grup itu juga,GP* heheheh). Jalan tu mmg gelap, dengan mengunakan lampu suluh pinjam yg dah nak abis bateri (aku punya bateri dah abis dulu sebab ada org pinjam masa pertahanan, dah la tak bawak bateri spare) aku tgk kat tanah yg lembab itu kalau2 ada tapak spike boot* grup2 yang terdahulu. Setelah aku confirm mmg tade tapak kasut kat jalan tu, aku pun pegi mendapatkan Jeff di jalan yg satu lg, kat jalan tu mmg ada nampak kesan tapak kasut. Kami pun mendapatkan kawan2 yg lain dan trus ikut jalan itu juga. Disebabkan suma pun dah letih dan mengantuk, kami suma mengambil keputusan utk mencari tempat yg sesuai utk landing. Sampai kat satu tempat, ada satu sindiket(senior) yg tido betul2 kat tengah jalan tu, nasib baik tak terpijak ke... sebab dah tengok senior tu tido baik punya (kami lalu pun dorang tak bangun), kami pun cari tempat yg tak jauh dari situ (ada lereng bukit dan ada pokok2 yg tinggi) sebagai tempat bermalam utk hari itu. Cadangnye utk bangun seawal yg mungkin (pukul 4-5 pagi) utk meneruskan perjalanan (masa ni dah pukul 2 pagi kot).adakah itu mungkin?

bersambung...


Jargon

Recce – reconnaisance – pegi buat tinjauan

Kpt - Kapten

GP ? – hehehe, itu adalah rahsia....zaman tau la apa ni, tak gitu zaman ?

Spike boot – kasut hutan

Thursday, December 01, 2005

Kisah MAS yang sedih..

Haaa..kali ni ada satu lagi artikel diterima dari email. Kesahihannya tidak dapat dipastikan..namun mungkin salah satu menyumbang kepada kerugian MAS - syarikat penerbangan nasional kita..Sama-samalah kita renung² kan..

Interesting read but can't vouch for its accuracy


MAS the flying buffet
Date: Mon, 28 Nov 2005 17:55:32 +0800

MAS the flying buffet

MAS will soon be reporting 2nd quarter losses of RM260.0 million. The losses are actually closer to RM300.0 million but MAS has been doing some creative accounting to make the Chairman Munir Majid look like he is doing his job. Certain 'write backs', 'overprovisions' etc are being used to make the red ink less.

Will this stop the rot at MAS ? Not likely. The company is in deep shit.

The new incoming MD Idris Jala is supposed to arrive on Dec 1st – after the second qtr losses have been announced. That was the deal. But Munir is trying to delay announcing the 2 nd qtr losses and leave it to Idris Jala. This is not good feng shui for a new incoming MD – to start the day by announcing losses.

MAS is actually a flying buffet for the big guns. The company is owned by the Government. So it is not their own money. It is the Government's money. The big guns are ripping off MAS. The big guns are in just for the joyride.

The Chairman Munir Majid – appointed sometime September last year – is ripping off MAS. Almost every weekend now Munir flies first class on MAS to London – for free of course. This is an abuse of his position as Chairman. He has a Mat Salleh wife in London who he is divorcing and maybe in the process of replacing so the free air rides to London come in handy.

Munir even has the dubious honour of making a day trip to London. He took the night flight from KLIA which arrives a.m. in London. Then he had a limousine with a orang putih chauffeur pick him up in London airport and drive him to some condo. He kept the chauffeur waiting seven hours while he finished his 'business' in the condo.
Then the chauffeur drove him back to the airport where Munir caught
the evening flight back to KL. All this is paid using the taxpayers money. Anybody cares ?

MAS has its own company cars in London but obviously that is not good enough for Munir the top performing Chairman of the most successful airline company in Asia – now entering into its second quarter of multi hundred million Ringgit losses. Nothing less than a Rolls Royce or Bentley with orang putih chauffeur.

After he became Chairman, Munir ordered office renovations totalling
RM 841,000.00 for his office on the 34th floor of the MAS building
in Jln Sultan Ismail. This was at a time when MAS management
already knew that MAS was going to report 1 st qtr losses of
RM280.0 million in 2005.

Included in this RM841,000..00 renovation is kitchen equipment worth RM 33,515.00.

Here are the details as per contractor's invoice:

1. KITCHEN EQUIPMENT:

Contractor: SI Corporation Sdn Bhd.
12 Jln Kenari 8, Bandar Puchong Jaya.
Batu 10, 47100 Puchong, Selangor DE.
Tel: 8075 7788

INVOICE NO 6809
3 MARCH 2005. RM 33,515.00

2. INTERIOR RENOVATIONS:

Contractor: Design Practice Consultants
3A, 48 & 50, 4th Floor, Block A,
Kelana Centre Point,
No 3 Jln SS 7/19,
47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 7803 4328

Cert of Progress Payment No 3
24th March 2005

Contract Sum RM 760,000.00

Cert of Payment No 02
4th April 2005

Contract Sum RM 48,000.00
---------------------
Total ; RM 841,515.00

Well once you renovate your office for RM841,000 certainly you need
some art works to grace the office. So Munir spent RM1,557, 000.00
(yes that is RM1.6 Million of taxpayers money ok) buying art works.

First here are the details:

ART SUPPLIER:

RUMAH SENI NUSANTARA SDN BHD
1st Floor, 17 Jln Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 2284 2348

INVOICE FOR SOPHIA VARI/FERNANDO BOTERO
1st April 2005.

i. Sophia Vari (Coeur de L'Impenetrable ) RM 75,000.00
ii. Fernando Botero (Still Life With Violin) RM 1,140,000.00
iii. Fernando Botero (Still Life With Lobster) RM 342,000.00
---------------------
p; Total RM 1,557,000.00

Fernando Botero is a Colombian artist. All his paintings are a little gross because he 'blows up' or paints oversized depictions of his subjects especially humans. Here is an example:

Reproductions of his works can be bought for US25.00 (RM100.00) from barewalls.com – an Internet based art retailer.

Surprisingly 'Still Life With Violin' is not listed anywhere in Botero's collection. There is however a 'Still Life With Mandolin'. Have they got the name wrong ? Did they pay for the correct painting? Here is a picture of 'Still Life With Mandolin'

One would assume that considering MAS' RM 540..0 million losses over two quarters, the new Chairman would at least try to balance his aesthetic tastes with a cheaper reproduction than buying the originals at over RM1.4 million.

But MAS is a flying buffet. Everyone wants to feed off taxpayers money while the wool is still pulled over people's eyes.

Not only the big guns but Senior Executives (AGM and above) have also been given an RM10.0 million car deal that will knock your socks off. Despite making such huge losses, MAS rewarded Senior Execs and implemented a scheme where it pays outright in cash for 75% of the purchase price of any car of their choice for Senior Execs. And the remaining 25%? You guessed it. MAS gives a soft loan for the 25%. This is 100%.

And this is to reward Senior Execs for racking up losses of RM540.0 million for two consecutive quarters.

Then MAS is also getting ripped off by poorly negotiated contracts especially with ticket agents. General Sales Agents hold monopoly franchises in certain countries to sell MAS tickets.

But they often get unduly large discounts from MAS HQ in KL. Then because of these large discounts they are able to sell the tickets
at two or three times mark up and make all the profit for themselves.

Why does MAS Sales give them such large discounts? Some of the GSAs are also very friendly with MAS' Sales people. One of them has reputedly bought a condominium in KL for his buddy in MAS. Maybe this is one way of getting discounts. MAS is a flying buffet.

Then of course there is the famous food catering ripoff. Food is catered by Sky Chef, a company owned by the PM's brother. Needless to say, while MAS is making huge losses, Sky Chef is making good profits. Is this strange or is it not strange?

MAS has won some international award for Best Cabin Crew three years in a row. Someone has decided that MAS should also win the award for Best Airline Food! So they launched 'Project Relish'. This is just another ripoff project. Lettuce from Cameron Highlands has been replaced with expensive, airflown lettuce from Australia. (No one stopped to think if Qantas has ever won Best Airline Food award serving Aussie lettuce).

Included in Project Relish is the redesign of their serving trays. Special design consultants have been engaged to redesign MAS serving trays. They would do better to ask their own air hostesses and stewards to design the plastic trays. But MAS is a flying buffet. Next we come to the 'con sultans' ripoff. Thus begins the story of Mazidah and Chris Andrews.

Chris Andrews is a British consultant who was paid RM7,250 per day by MAS. Yes kawan kawan, this fellow was being paid more than
the PM of Malaysia or more than the CEO of Sime, Maybank or anyone else.

In 5 days of work, Chris Andrews would earn from MAS RM36,250 which is about twice the annual salary of a graduate starting work in Malaysia. In slightly over one year, Chris Andrews has been paid over RM1.3 million in "con sultan" fees by MAS. These are the sultans of con.

Who appointed Chris Andrews and what does he do ? Chris Andrews was pulled into MAS by one woman called Mazidah who is the head of
Admin Support Services. For reasons that are becoming more clearer,
she convinced MAS to hire Chris Andrews for RM7,250 per day to
handle MAS' IT outsourcing.

What did Chris Andrews do ? He got MAS to outsource all their IT support to IBM. Since this outsourcing of IT support to IBM about 2
years ago, MAS' IT costs have spiralled about three fold. Here is how it happens. Now when a computer breaks down, MAS staffers can call a Help Desk. The Help Desk is manned by guess who ? Why IBM of course - the IT outsource !

IBM will then advise what to do - say call in a software guy (IBM of
course), service the hardware (by IBM of course) or change hardware (by IBM of course).

The IT outsourcing to IBM is so complete that IBM also issues and
signs the Purchase Orders on behalf of MAS to ITSELF for replacement parts!

As MAS' IT Outsource 'ConSultant' as well as being the major IT supplier to MAS, IBM is in the enviable position of being able to decide what and how much MAS should buy from itself. Ini bukan 'mesin niaga' tapi ini sudah jadi lagi satu kes 'melayu tak tahu niaga'.

While MAS is making losses, no one has bothered to check how much money IBM is making this year from MAS ? When queried by the Board why IT costs have spiraled up, Mazidah convinced them that MAS was paying the cost of catching up with the latest IT technologies.

This is what Mazidah and her boyfriend Chris Andrews have been doing at MAS. Did I say 'boyfriend' ? Talk is other than slowing takeoffs at MAS, Chris Andrews and Mazidah have been 'taxiing down the runway' for a while. Mazidah who has three children, has separated from her husband to become Chris Andrews 'girlfriend'. After about two years of taxiing, she has either married Chris Andrews or is still in a take off mode.

Lately Chris Andrews has been given a permanent position at MAS. He is now Senior GM in charge of 'Strategy'. People are wondering how a RM7,250 a day IT consultant can become Head of Strategy Group?
Chris Andrews (Strategy) and Mazidah (Admin Support) are also the middle aged couple who sit in at MAS Management Committee meetings - this is the ruling elite in MAS - which is more influential than the MAS Board of Directors inhabited by clowns representing Khazanah, the MOF and other such outfits.

About two months ago, Chris Andrews (IT 'con sultan' turned Strategy Head) convinced MAS to raise their 1 st Class and Business Class fares by almost three times. From having the cheapest 1st Class Fares, MAS is now among the most expensive 1st Class airlines in the world. Understandably bookings have dropped with some flights having almost zero 1st Class passengers. More red ink for MAS. This company is not going to turn around soon.

Chris and Mazidah are also savvy at PR. On Friday 25 th November 2005 they threw a lavish and exclusive welcome party for Idris Jala. Only the selected and the few from among the ruling elite in MAS were invited. Those outside the ruling elite were left out. But the party was held at company premises, using more of company funds.

Idris Jala is said to have asked the Govt's blessing to undertake a VSS scheme in MAS. This is a good move considering that the airline is overstaffed with over 23,000 employees when it only needs about 13,000 people to run. But paying off about 8,000 people is going to be expensive. But not to worry. The Second Minister of Finance has agreed to pour in more money for MAS. A sizeable soft loan from the Govt to MAS is in the works. Many experienced staff who have slogged faithfully in the rank and file in MAS for the past decades are getting fed up and just waiting for the VSS to make their exit.

This will leave MAS with even less experienced staff and more at the mercy of the 'con sultans'. Stay tuned for more MAS news.

End

"this article does not represent the views of the webmaster, and neither does the webmaster vouch for the accuracy of the contents"


p/s : naik Air Asia jela yang mampu...aku penah naik plane sekali jek masa umur 7 tahun..sedih giler... :(

::You ask dumb question, you'll know good question are..
Nader Kamrani, Lecturer Digital Signal Processing, EEEB364

Savvy - 4 or more years of R&D, RM0.09/km..cool!!

Artikel get from the email...sila lah baca...


CERITA NI BAGUS DIBACA UNTUK RAKYAT MALAYSIA YG SAYANGKAN PROTON

Good Artikel...pls read when free time.. cite sedih protong....sesuai utk
dibaca diwaktu lapang.....utk pengetahuan
umum.... Bila baca artikel ini,saya bersetuju dengan pendapat beliau,sebab
saya juga bekerja line automobile. Kalau kita banggakan sangat keluaran
oversea, adakah mereka tu bagus sangat. Misalnya Mercedes Benz (pengalaman
saya dengan NAZA) kereta ni pun banyak masalahnya,Ada yg baru beli hari ni,
esok tak boleh start. window lifter belakang yg selalu putus, salah satu
plug(spacer) kat auto transmission yg bocor dan yg paling teruknya model
baru Mercedes E-Class (W-211) ada masalah dengan brek.tapi mereka ni (DCM)
memang ada polisi yg melarang apa-apa recall-campaign di beritahu secara
umum, kalau ikutkan dalam satu tahun berderet recall campaign yg perlu
workshop lakukan.

Kalau orang kata KIA bagus, pada saya KIA pun hampeh jugak, tanyalah orang
yg menggunakan KIA Carnival atau NAZA RIA apa akan terjadi bila mileage
mereka dah lepas 80,000 km, berapa banyak enjin yg kena overhaul sbb air
campur dgn minyak. Masalahnya orang yg kutuk proton dan bidang automobile
ini bukan pernah bekerja dlm bidang ni pun.

So pada saya dlm masalah proton ni, "YG TAK TAHU JANGAN BERCAKAP,YG TAHU
BAGI PENDAPAT"


Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain
akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat
firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia
cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah R&D PROTON.

...........ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni..member atuk
kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu
tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di
pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain adalah
pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga. Kalau kita
lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda... Kilang
Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita
jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan
untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari
kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjin Renault) dan 2l untuk
Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu
pulak... hanya kereta kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari
Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan
dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir
RM50juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.

Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100% body dibuat di
Malaysia. Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya
tak keluar-keluar lagi.Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik
kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi..jadi adalah
sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya.
Pengeluaran kenderaan adalah berdasar injinnya barulah boleh dikatakan
ianya kenderaan negara sebenarnya. Disini lagi ada misinformation. Memang
untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita guna kan
enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia
walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin
terkini yang di reka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin
tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak
menyesatkan sedikit. Naza,Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar.
Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return
pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin
sendiri..selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan
enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita...
memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.


Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan teknikal.Oleh
kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari
rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu
rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi
lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa
akan datang.

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi.
Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa
yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau
Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita,
dia orang rajin habis. Atuk jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita
pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari
mereka... mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak
mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu
ribu. Mula lah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri.
Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu
yang lebih baik... laju je dia orang hantar balik information ke
Mitsubishi. Last last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang...
lama lama dia orang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak
afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.


Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang....Sebab
Perudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang
kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia. Mungkin ada yang tahu dan ada yang
tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan
Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain..tukar lambang je..

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak
ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita belajar...
selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yang terlibat dengan
kerja kerja tersebut.

o Saga - Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

o Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.Masa ni
Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita
menggunakan khidmat penasihat dari UK.

o Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke
Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi
modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.Depan
dan Belakang, design asing asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak
kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira - Mitsubishi Lancer. Orang akan kata
hah kongsi je sabab tak tahu buat kerja.... Tapi ada orang kata apa apa
bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323
adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat
begitu...orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu
seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah
semasa kami design dashboard untuk Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun
siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok
dashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk
mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok
dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu mereka yang meniru
bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai... Cuma masyarakat
sendiri berfikiran macam itu.

o Perdana - Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak balik
modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak
buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita
ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan
dan belakang, dan bahagian dalaman.

o Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi
kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang
Proton.

o Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan
kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita
memerlukan consultant dari luar..mainly dari Eropah dan Amerika.Bukan sebab
tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti
menjahit baju. Kabaikan dari mengambil consultant dari luar memang mebuka
mata kita... kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta
ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

o Gen2 - 100% dedesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit
sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang
didesign sendiri.

o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault
sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin
Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disini banyak berita palsu
disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Contohnya... Savvy
adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena
mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa
Savvy menggunakan HTHS steel. High Tensile High Strength Steel. Sebab tu
body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident.
Well... kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai
yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu...Intact. Kukuh. Saudara
saudari... Bila kita design kereta ni..yang paling penting adalah
keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumple bila ada
impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima
hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5
series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu.
Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy.
Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

o Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy
act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part
untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan
sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain
kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat diproton.Kalau
Proton tak elok... masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat
kereta mereka.

Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya
harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan
dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional
sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan
untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.

Tok..... Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu
apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan
pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam
dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu
yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami masih
lagi dalam process untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak
buat karipap tau.

Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang
sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton
ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan
impian ini tercapai. Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana
menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat
dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan
bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu..sebab ianya adalah OSA

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di
rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh
R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita pandaikan. Cuba
check dekat Perudua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana,
Head of R&D Perudua... bekas Proton, Head of Styling... Bekas Proton, Head
of Planning, Bekas Proton, Head of Production... bekas Proton (rasa rasanya
dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services... Bekas Proton.
Rata rata mereka yang senior dekat sana dari Proton. We trained them...
orang lain ambil cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton.
Head of Production... Bekas Proton. Honda... pun ramai bekas proton, DRB
Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas proton.
Itu kira head je... Bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its
objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orang Melayu. Naza
sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan
Proton. So... orang Proton tak bagus? Kita belum lagi kira bekas pekerja
proton yang diambil oleh consultant luar negara... dari America, Eropah
sampai ke Jepun. Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat
pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat
antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta
gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat
Malaysia sebab tak nak anak anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah
boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat.
Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak
merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak
belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpin lagi..sebab tu exPM
kata.. kalau dah tak boleh tutup aja.

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada
negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar pengeluar yang bermasaalah.
Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawab Proton untuk negara.
Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... berapa banyak kaki
tangan Proton... 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara
lansung untuk membuat part Proton... 100,000 orang. Berapa banyak bank
dapat untung,berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami
boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum
timbul nya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta
toyota, nissan, honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang
tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton
tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar
untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma
bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.Kita memang tak payah
bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena
cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP
dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah
kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia... harga yang di declare
adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah
kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang
RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost
tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerajaan rugi pada cukai.
Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum
tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang
ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahu la..kalau tidak akan bertimbunlah
bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton (asalnya milik
Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang
paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia
jugalah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta ni. Walaupun kita
telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak
membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif...tapi ada syarat. Kereta yang dibina di
Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negaranya.


Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang
bukan dari Korea... susah. Sebabnya...
1 memang mereka patriotik.
2 cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli
kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak
naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap
bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan
dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can
be.Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1
billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung.
Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korban kan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju.
Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kerata dia tiba
ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri
kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun
majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi
banyak kita jual,lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit, lagi baik
pembangunan yang kita boleh buat. Setaip test dan setiap bahna baru yang
nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan
teknikal. Walau pun Wak Segan nak join ngan proton tapi persaolannya boleh
ke..? Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni guna euro. Sudah tentu
la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi.(salah satu
sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan
teknikal memang agak sukar.)


Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah
develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang
cakap.Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah
satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara
lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita
telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguh perlaksanaan AFTA
sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.Memang kita akan kena penalti
sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan
penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang
membantu industri kereta meraka...kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China
boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk),
tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.
Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat
kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.India...nak masuk kesana kena letak
deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrasturcture
jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain kita kat sana pun dia
orang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus.Kuat nya patriotik dia
orang. Kita... apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus
punya.Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German....Bukan
tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk
kereta buatan Malaysia.


Tok.... Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi
taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (Cuma
design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional...Proton
sekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan
teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil
untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine
Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang....Kesemuanya.
Nak kerja dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper. 1st class
berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua, Naza ambil.Tapi saya tak marah
bila orang kata macam macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah
tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknology. Boleh
sebut tak company mana lagi dalam bidang industry yang betul betul
menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni.Kalau kita tidak
belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan
bergantung dengan orang luar.Tapi Bab support selepas jualan.... saya
sendiri pun tak puas hati.Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi
part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena
komplen... proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000
unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan
Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar
orang cakap je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua dua jenis
gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto. Nak main
ciluk ciluk... switch to manual. Errr... siapa kata kita guna tecnology
70an...

p/s : ada gak yang aku agree dengan penulis ni...

::berkenan betul ngan savvy R3 yang di usya kat Alamanda semalam..bila la bole sambar satu...huhuhu...

Friday, November 25, 2005

Cerita Abang Askar : Episod E and E - part 2

sambungan....

Bila dah bergabung ni, ramai la skit org…..kira best la skit sebab ada geng2 lain jalan skali tak la sunyi sgt. Walaupun pada mulanye aku yg memegang peta dan kompas,tp masa dalam perjalanan tu aku bg mende suma kat org lain pegang [kat Jeff dgn Mus{bukan nama sebenar} kot] dan aku jadi “rear guard” sebab salah satu anggota aku, Syuk [bukan nama sebenar] ketinggalan jauh kat belakang. Dia dah tak daya nak jalan sebab kaki sakit, dan bdk2 yg kat depan ni pun jalan boleh tahan la laju [mungkin pasal takut kena tangkap]…aku takut dia tercicir,ada satu masa tu jarak dia ngan aku dekat 30m[bunyi mmg dekat tp sebab dalam ladang sawit…terasa jauh gak la] dan jarak aku ngan org kat dpn pun lebih 10m. Syuk asyik bgtau “takpe Kama[bukan nama sebenar – aku le ni],ko jalan je dulu,tinggal aku”. Mana la nak boleh,sebab dia tanggungjawab aku, menjawab aku ngan jurulatih kang [kalau nak dukung mmg tak dapat la,sebab badan dia masa tu mcm badan aku skang – badan aku masa tu mmg slim plak tu…hehehehhe]. Yg aku boleh cakap hanyalah “takpe Syuk,jalan slow2 pun takpe,skit lg…kalau sampai CP nanti aku lapor kat jurulatih kalau boleh tinggal ko kat situ”. Kami pun meneruskan perjalanan dgn berhati2 dan senyap…takut ada musuh…turun bukit naik bukit….pada masa ini kami masih lg dlm ladang sawit lama….ladang sawit ni mmg jauh dari simpang besar dan bukit2 mmg curam…aku ada berpikir “macam mana la dorang amik buah sawit ni”…, dan jalan2 dalam lading sawit ni pun mcm dah lama tade org lalu.

Setelah berjalan beberapa lama, lebih kurang dalam kul 7 mlm[ataupun awal drptu…sebab aku rase masa tu blum gelap lg], kami sampai di satu simpang 3. Depan simpang tiga ni ada bukit yg agak curam,tinggi dan penuh dgn hutan…sebabkan kami tak nampak apa2 disekeliling tu, dan bearing kompas tu menunjukkan arah trus….kami pun amik keputusan utk panjat je bukit tu. Kami pun meneruskan perjalanan dengan langkah yg agak perlahan, sebab suma pun dah letih dan syuk pun dah boleh catchup. Dalam perjalanan tu kami siap berenti utk solat, siap ada yg berak lg [aku pun tak paham…mcm mana la dorang terpikir nak berak…]. Masa ktorg berenti solat [isyak kot, masa isap rokok bg mereka yg memerlukan…], kami nampak ada org pasang ParaFlare* di kejauhan sana. Kami siap membuat andaian sendiri… “musti ada org yg dah kena tangkap tu,hahahahah…..”. Kami hanya memandang kepada ParaFlare tu mcm pertunjukkan bunga api. Setelah itu kami trus mendaki bukit itu lg.

Pada kira2 pukul 9-10 malam, kami sampai di puncak bukit…..yg kami nampak hanyalah hutan rimba dan ada bukit lain lg di hadapan…tak nampak pun ada CP ataupun sindiet yg lain. Kami mula mengesyaki kami sudah sesat…..OMG!!!

bersambung...

Jargon
ParaFlare – mende ni macam mercun tiub, tp bila tembak sampai atas dia ada payung terjun kecik…digunakan utk menerangi kawasan nak spot musuh….ataupun utk arahan….ada mcm2 warna..

cerita abang askar : episod E and E* - part 1

sebab dah tade idea nak tolong update,biar aku crita pengalaman masa jadi OCdt* dulu...tade kena mengena ngan surada mahupun suria....

Cerita ini merupakan kisah benar,ada kena-mengena dengan yg hidup,tapi blum ada yg mati lg...

ok....intro...E and E ialah latihan senario perang yg mana kami sbg POW* yg melepaskan diri,dan kena mengelakkan diri drp ditangkap semula oleh musuh dan mesti sampai ke checkpoint[cp] yg ditetapkan [kira mcm treasure hunt la],kat setiap cp tu akan diberi arah [bearing-dlm mils] utk ke cp yg sterusnye [ada 4 cp].kami akan begerak dlm sindiket[bkn penyeludupan ke apa,1 kumpulan-10 org] dan setiap sindiket diberi kompas,peta ngan protaktor.dlm perjalanan tu tak bleh kena tangkap,kalau kena tangkap kena denda bukak baju [kalu tak pakai inner kena bogel la...].masa ni kami dlm peringkat inter*.inter ngan senior je yg wat latihan ni,bdk2 junior pegi melawat muzium,tgk anjing,melawat kem,menembak..bahagia btul...

mula-mula skali tu kena jd POW la dulu.part ni yg paling sial skali,gila2 punyer kena hell* dgn y.o* yg mmg cam gampang...kena duk cangkung dgn tangan atas kepala,kena jalan cam itik siap wat bunyi skali[masa nak pegi makan ke apa...],dorang suruh menyanyi,guling2,lompat2....yg mana ada wat hal dgn y.o sbl tu mmg lg truk la kena[hal2 ni masa pertahanan,nanti cita dlm episod yg lain].pastu masa nak makan mlm [mende ni start ptg dlm kul 4-5] dlm kul 6 lebey,ktorg masing2 tak bawak mess tin*[sebab tade arahan - askar ma,tade arahan tak wat.....simpan dlm pack*]...dorang suruh makan pakai tadah kat tangan [buleh bayang tak,tadah tangan,letak nasi ngan lauk kat tangan pastu makan kat mulut cam itik....gila...tade otak tak leh pikir,dah la nasik tu panas],nasib le ada pegawai [jurulatih] yg prihatin suruh amik mess tin dlm pack ["kadet! aku kira sampai 10,ko dah ada kat sini siap dgn mess tin....go!"].pendek kata la,kalau mental tak kuat mmg buleh bunuh org dah[ktorg masing2 mmg ada parang personal].lepas kena hell dlm sejam lebey tu,ktorg pun diarah masuk dlm [trak] 3 tan,sumbat reramai [konon kena pindah ke tpt tahanan lain le].dlm setiap 3 tan tu,ada y.o sorang. bdk2 ni suma dah jd gila mmg rase cam nak blasah je y.o tu [walaupun tak besalah],y.o tu pun cuak siap kluar ayat mempertahankan diri.["ko ingat aku suka ke wat camni,aku pun tak suka,tp dah arahan"-ye la tu,askar part2 nak hell ni mmg gembira,ktorg lepas jd y.o pun sama gak....heheheh].

3 tan tu begerak je tak sampai dlm 50m,tiba2 ada bunyi bom[bukan bom la pun,latihan nyer,amende tah nama dia],konon ada pasukan sahabat dah ambush konvoi ni,kami suma dpt terlepas la...suma pun dgn penuh semangatnye terjun dari trak tu trus lari kat tpt yg ada no. sindiket masing2[masa ni pun dah problem,ada org tak tau sindiket sendri...padahal dah bgtau].kat situ ada kompas peta ngan protaktor,pastu dia bg bearing bape suruh set kat kompas tu,pastu lari!aku kena jadi leader utk ke cp yang 1st[sebab sbl tu masa fasa pertahanan* - episod yg lain - aku jadi section leader-kpl*,setiap kali cp tukar leader].masa aku set tgh bearing tu,dah ramai sindiket lain yg dah lari dulu [kira belagak cam expert la...dorang ingat sampai dulu no 1 dpt pingat emas ke apa].y.o2 ni suma suruh tinggal peta ngan protaktor...bawa kompas je,"gila ke apa...kalau tade peta camne nak jalan dalam hutan tu..." aku bepikir...tapi sindiket2 yg lain ni semua menuruti arahan tanpa persoalan[askar musti menuruti arahan].sindiket aku antara yang last skali meninggalkan tempat itu.tapi belum sempat aku nak letak peta ngan protaktor tu,tiba2.... "bawak peta! bawak peta! sapa suruh tinggal!",suara CI* memberi arahan muktamad.aku pun tak jadi la nak tinggal peta tu trus belari mendapatkan sindiket aku yg dah lari dulu [mmg konpius la,tgk org suma lari....ada dekat 200 org beterabur lari skali..mana tak konpiusnye..aku plak yg kena lelong2.."sindiket 10!sindiket 10!"].masa tgh lari tu,ada plak senior ni tegur aku[nak marah aku la kononnye - senior pun sama gampang ngan y.o],"hoi! peta tinggal la,tak dengar arahan ke!",nampak sangat dia yg tak dengar arahan,belagak nak lari cepat2.aku pun membalas,"CI suruh bawak la,tade peta camne nak jalan[bodoh!-dlm hati la]".senior itu terkelu seperti tak percaya [nak patah balik mmg dah jauh].

mula-mula tu mmg la lari,pastu lama2 dah tak daya[sebab ini merupakan latihan yg terakhir...sbl tu kitorang dah seminggu latihan medan{hutan} ni,dah flat giler] jalan kaki je.mula tu nampak la org ramai sindiket2 yg lain,lepas tu lama2 tinggal sindiket aku dgn sindiket yg diketuai oleh jeff[bukan nama sebenar]-tatau la samada mmg dorang laju btul,lambat btul,salah jalan,kena tangkap ataupun menyorok berenti berehat.disebabkan dorang ni tade peta[dah kena tinggal]...kitorang pun buat keputusan utk bergabung....

bersambung....

note: disebabkan hal suruh tinggal peta tu,malam tu y.o plak kena hell ngan CI,"kalau ada kadet aku yg sesat,korang bertanggung jawab!" padan muka dorang...

*jargon
E and E - escape and evacuate

OCdt - Officer Cadet [kadet pegawai]-antara pangkat paling hina dlm askar.masuk je jadi OCdt automatik kita jadi bodoh...walaupun study result gempak mana pun...

POW - Prisoner of War

peringkat inter[mediate] - ktorg ada 3 peringkat -junior,intermediate ngan senior[kira 1st year,2nd year ngan 3rd year la]

y.o - young officer[pangkat lt. muda]-bila dah jd y.o mmg kena belagak hebatlebey,ktorg pun bila dah jadi y.o ni pun sama la jugak....menyumpah2 kadet...heheheheh

kena hell - kena harass+maki+marah+jerit+physical torture[kdg2]

mess tin - bekas makan tu.yg mcm org bawak pegi camping

pack - pack askar yg loreng2 tu,buleh isi mcm2...pastu sendri nak bawak pun dah tak daya...

fasa pertahanan - belajar perang ada 3 fasa - mara,serangan,pertahanan - pertahanan ni kerja gali kubu kat bukit - akan diceritakan dalam episod yg lain

kpl - koperal - section leader,satu section ada ~10 org

CI - chief instructor - ketua jurulatih,anggota tetap berpangkat mejar-dalam latihan dia paling besar la