Best view by 1024x768 resolution.. Suradaku..suradamu??!!: Two weeks

Monday, June 27, 2005

Two weeks

Cuti dua minggu yang dinikmati tinggal lagi semingu. Next week dah bermulalah semester yang baru. Lebih mencabar..lebih ganas dari semester² yang sebelumnya. Last week aku baru jer settlekan special semester aku. Ambil satu subjek je-Mechanic of Statics. Subjek ni fun la..tak susah mana. But to score macam kurang yakin je. Sebab aku xtau carrymarks aku dapat berapa. Entahla..tawakal jela. Next week akan dapat result.iye kut..aku pun xpasti. Tapi final kali ni ialah exam yang pertama kali dalam sejarah hidup sejak aku menjadi seorang mahasiswa berjaya menjawab paper statics sampai habis untuk subjek engineering. Kalau setakat subjek bahasa memang selalunya habis jawab la.

Oleh yang demikian nak cerita la sikit pengalaman dalam exam's hall. Bila invigilator kata,"You may begin.." Aku terus buka paper sambil memerhatikan soalan-soalan yang dibri. Sambil tu mulut terkumat kamit membaca ayat² suci al-Qura untuk menenangkan hati yang gundah gulana. Jam di tangan menunjukkan jarum panjang di angka 7 dan angka pendek d no 8(tapi macam lebih sikit)..hehe..jam 8.35 pagi la..aku ada masa sehingga 11.30 pagi. maka tanpa melengahkan masa.. terus menjawab. Jawab punya jawab..aku berhenti kejap. tgk sekeliling. ada lagi 1 jam 30 minit. Ada lagi 3 soalan x siap dari 7 soalan yang diberikan.

Tetiba..eh..apsal budaksebelah aku ni dah berehat je..waaa..lagi hebat budak ni rupanye. dah siap semua soalan rupanya..perasaan kagum menular di sanubari ini. Lagi hebat dari aku rupanya..walaupun aku tahu aku x hebat..tetiba suatu perasaan aneh menguasai diri..aku jadi menggelabah..sebab budak sebelah dah siap..Gila hebat mamat nih..disebabkan kegelabahan itu..otak menjadi lebih ligat. Dan akhirnya siap menjawab semua soalan..yey!! Sekian sahaja repekan kali ini…

Sesungguhnya aku takkan mampu menyiapkan paper kali ini jika tidak disebabkan oleh persediaan rapi two weeks before the exam menjelang..

”bismillahitawakal tu alallah..” – Dengan nama Allah aku berserah kepadanya..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home