Best view by 1024x768 resolution.. Suradaku..suradamu??!!: Cerita Abang Askar : Episod E & E - Part 3

Saturday, December 03, 2005

Cerita Abang Askar : Episod E & E - Part 3

Bila dah tau kami dah sesat kami pun berhenti untuk berbincang dan hasilnye kami pun buat keputusan utk patah balik. Walaupun masa tu suma dah tau kami sesat, tp masing2 tak panik langsung,nampak tenang je walaupun dalam hati masing2 semestinya merasa kerisauan juga. Bermulalah perjalanan utk turun bukit itu, masa ni laju la jugak sebab turun bukit, walaupun suma dah letih tapi semangat tu masih ada. Masa turun bukit tu (boleh tahan la curam) ada sejenis pokok ni, kalu terpegang rase cam semut merayap kat tangan, mula ingat mmg semut, tp tgk tade ape…siap buat experiment pegang pokok tu utk mengesahkannye…tp sampai skang tatau pokok tu apa nama.

Setelah berjalan hampir 3 jam (lebih kurang pukul 12 malam), kitorang pun sampai kat kaki bukit tadi, tak jauh daripada simpang yg mula2 kami jumpa petang itu. Daripada situ, kami nampak cahaya samar2 kelihatan di kejauhan sana...loh! CP pertama rupenye. Rupa-rupanye jalan dan bearing yang kami ikut mula2 skali tu dah btul, cuma waktu siang tak nampak apa2 sebab lampu kat CP tu tak pasang. Hanya sebab itu sahaja terpaksa kami melalui perjalanan tambahan selama hampir 6 jam ! sia2 je... Masa nak lapor kat CP pun kena hati2, takut salah tempat musuh kang, niaya je. Kami pun take cover kat sawit dan Jeff telah mengambil keputusan utk buat recce* dulu. Dalam hal ni, Jeff mmg legend la, dia crawl dari tempat kami berehat tu sampai betul2 kat meja (ke tempat tidur kot) pegawai yg jaga CP tu (kalau tak silap Kpt* Anaconda [bukan nama sebenar]), Kpt tu siap terkejut bila Jeff besuara. Setelah confirm tu mmg CP, kami pun terus ke CP itu, aku dan Jeff pun lapor kepada Kapt Anaconda, dan yg lain2 terus lapor kat air kopi dan roti yg telah disediakan. Pada masa itu aku pun memberitahu kpd Anaconda bahawa Syuk mengalami sakit kaki dan Anaconda pun membenarkan dia tinggal di CP. Selepas itu aku dan Jeff pun turut melaporkan diri kami kepada air kopi dan roti juga. Kami juga mendapat tahu masih banyak sindiket yg blum sampai ke CP (kami adalah grup yg ke-6 kalau tak silap), dan paraflare yg dipasang sebelum ini adalah guide utk grup2 yg sesat.

Setelah lepak lebih kurang dalam sejam, kami pun bersedia utk bertolak semula (kena halau sebenarnye), leader sindiket diganti, maka kompas dan peta bertukar tangan (tak ingat la sapa yg take over), dan disebabkan grup Jeff mmg tade peta, kami diarahkan utk bergerak sekali oleh Anaconda (mmg kami berhasrat begitu). Jalan la kami didalam kegelapan malam itu semula. Jalan tak sampai dalam 1 km, kami jumpa 2 simpang yg ada potensi sebagai jalan yg betul. Aku dan Jeff pun ambik satu jalan sorang dan buat recce dulu (walaupun kami bukan lg leader, tp kami ttp nak control grup itu juga,GP* heheheh). Jalan tu mmg gelap, dengan mengunakan lampu suluh pinjam yg dah nak abis bateri (aku punya bateri dah abis dulu sebab ada org pinjam masa pertahanan, dah la tak bawak bateri spare) aku tgk kat tanah yg lembab itu kalau2 ada tapak spike boot* grup2 yang terdahulu. Setelah aku confirm mmg tade tapak kasut kat jalan tu, aku pun pegi mendapatkan Jeff di jalan yg satu lg, kat jalan tu mmg ada nampak kesan tapak kasut. Kami pun mendapatkan kawan2 yg lain dan trus ikut jalan itu juga. Disebabkan suma pun dah letih dan mengantuk, kami suma mengambil keputusan utk mencari tempat yg sesuai utk landing. Sampai kat satu tempat, ada satu sindiket(senior) yg tido betul2 kat tengah jalan tu, nasib baik tak terpijak ke... sebab dah tengok senior tu tido baik punya (kami lalu pun dorang tak bangun), kami pun cari tempat yg tak jauh dari situ (ada lereng bukit dan ada pokok2 yg tinggi) sebagai tempat bermalam utk hari itu. Cadangnye utk bangun seawal yg mungkin (pukul 4-5 pagi) utk meneruskan perjalanan (masa ni dah pukul 2 pagi kot).adakah itu mungkin?

bersambung...


Jargon

Recce – reconnaisance – pegi buat tinjauan

Kpt - Kapten

GP ? – hehehe, itu adalah rahsia....zaman tau la apa ni, tak gitu zaman ?

Spike boot – kasut hutan

4 Comments:

Anonymous tasya said...

bukan dah dekat 2 pagi eh rudy masa nak keluar dari hutan simpan panti tuh? hehe...cuak jugak aku masa tuh...tapi aku tak risau sgt lah sbb tgh ramai2... :)

Monday, December 05, 2005 9:27:00 AM

 
Blogger Ruud said...

baru aku ingat.....nama dia hutan simpan panti la...ntah la...aku rase mcm tepat2 kul 12 kita sampai kat bawah tu....tak brapa nak ingat la...

Tuesday, December 06, 2005 4:22:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

nama pokok tersebut orang negeri sembilan cakap pokok gegata... GP tu adalah gelaran. kat sekolah memang popular perkataan tu. Kama adalah antaranya..dan satu lagu LABUTTHO*(NAMA SAMARAN). hidup lagi ke dia....

Thursday, December 08, 2005 2:20:00 PM

 
Blogger Ruud said...

sial....hehehhe....aku GP? ada la skit gak....hehehehe...ko pun sama...

Thursday, December 08, 2005 4:20:00 PM

 

Post a Comment

<< Home